Monday, October 26, 2009




~~" i just need someone care about me.. know what i'm doing.. where i'll go.. can be my shoulder to cry on.. can u be part of my life? give me love i never had.. Make it all better when I'm feelin' sad..Tell me that I'm special even when I know I'm not.. Make me feel good when I hurt so bad
Give me more lovin' from the very start.. Piece me back together when I fall a part..
Tell me things you never even tell your closest friends " ~~ QUOTES


****************A.Q.U.A.L.I.L.Y*****************

Sunday, October 25, 2009

24 Perkara Jangan Dilakukan

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~


Tuesday, October 13, 2009

Wedding Ideas

Salam.. hai kengkawan.. aku skang ni perlukan pendapat rakan2 mengenai wedding aku nnti. Aku dah ade idea utk beberapa pekara yg aku dah pikir.. tapi tak bg tau lagik kat si dia heheheh...

Antara idea2 utk majlis tersebut :

-Theme - Gold Krim or Dark Gold

-Door Gift-
->>Dewasa ~ bekas telur cantik (beli siap kat Nilai) +
~ telur rebus
->>Kanak2 ~ Uncang gule2

->>Rakan2 ~ beg kertas + kepek peket kecik2 + kipas + gule2

-Main Table - >> beg kertas + cup cake + kipas + potpori

-Flower Girl 4 org ->> Baju tempah + Skaf = Kak Fara (Tailor) rm?? (belom tau lagik)

-Bunge Telur Gold Silver - >> beli siap kat Nilai (baper tangkai aku pon tak sure)

-Hantaran Tema Bunge Dip Gold ->> tempah kat pakcik Kak Fara = rm??

-Catering - >> Order kat Muar


Lokasi membeli barang2 sume kat Nilai kalo ade idea tempat2 len leh bgtau kat aku... =). kalo kengkawan ade idea2 len leh share kat sini.. so far sume ni masih dlm perancangan dan pertimbangan... ni baru idea2 spontan aku... hehehe



>>>>>>>>>> A.Q.U.A.L.I.L.Y<<<<<<<<<<<<<



Tuesday, October 6, 2009

Alhamdulillah.. satu pekara sudah selesai..


sabtu.. 3 Oktober 2009, aku telah menjadi tunang org.. hehehe.. cam tak caye jer.. tapi Alhamdulillah.. sume sudah selesai.. kepada rakan2 ku sekalian.. aku minta maap byk2 ek.. bukan tak moh jemput korang.. tapi majlis ni wat kecil-kecilan aje.. n Al-Kisah aku nak bertunang n pon dramatic cikit... heheh..
kisah nyer camni.. sepatutnyer pihak lelaki datang mer
isik jer.. tapi tiba2 keluarga belah aku... suh tukar jer event dari merisik kepada bertunang.. ehehhe.. aku tau pun lagik 4 hari dari tarikh sepatutnyer.. ape lagik kelam kabut aku.. hehehehe.... sik baiklah.. rakan2 taulan n sedare mare .. ramai membantu.. aku bersyukur sgt hehehe..


Ketibaan rombangan meminang dari sebelah lelaki


huhu.. saat di sarungkan cincin inilah time rase sebak.. terharu sume ade..


cam bese.. my bestfriend mesti ade.. hehhe

hehe.. amik gambar bersama tunangku dan keluarga... sebelum mereka berangkat pulang

alhamdulillah.. selesai sudah majlis bertunang antara Saiful dan Khairunnisa...

mekacih ek.. sedare mare n kawan2 terharu asenyer.. jasa dan budi anda sume akan ku kenang hingga ke akhir hayat....


***********~A.Q.U.A.L.I.L.Y~***********

All My Love Now and Forever

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers