Tuesday, April 26, 2011

Tips Pengiraan Kalori

Cadangan pengambilan kalori setiap hari

Dewasa

Umur (Tahun)

Tenaga (Kalori)

Lelaki

Aktif
Sederhana
Berat Badan
55 kg



20 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60



2,530
2,400
2,280
2,020

Perempuan

Aktif
Sederhana
Berat Badan
50 kg



0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60



2,000
1,900
1,800
1,600














Pilihlah makanan yang kurang kalori menggantikan makanan yang berkalori tinggi, seperti :

Semangkuk meehon sup menggantikan sepinggan kuih teow goreng,

(350 kalori)

(600 kalori)

Segelas air kacang soya menggantikan sebotol minuman ringan,

(60 kalori)

(150 kalori)

Sepotong buah segar menggantikan semangkuk bubur caca,

(60 kalori)

(300 kalori)

Jumlah :

470 kalori

1050 kalori


Sajian makanan segera
Pilih yang berkalori rendah : dari makanan segera yang berkalori tinggi seperti :

burger keju, 317 kal

whooper sandwich, 628 kal

buah-buahan, 60 kal

kentang goreng, 227 kal

air atau teh tanpa gula, 0 kal

coke, 150 kal

salad tanpa dresing, 28 kal

Jumlah : 405 kalori

Jumlah : 1005 kalori

Tips pengiraan kalori makanan

daily energy requirement = berat(kg) * 30 calories
eg: berat si "A" 45kg * 30 = 1350 calories/day
katakan ler nk kurangkan dlm minggu tu 1kg.. means 45kg-1kg=44kg
so by tht week, pengambilan calories only 44*30 = 1320 calories/day
Lagik 30calories/day tu (1350-1320 calories) kita akan withdraw dari part2 lemak kita yg sedia ada.. usually start dgn punggung ler..


PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman
minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

# Nasi lemak (210 gram berserta nasi dengan santan, telur goreng, ikan bilis dan sambal) - 494 kalori

# Roti canai (95 gram) - 301 kalori, 31 peratus lemak

# Mi kari (410 gram) - 529 kalori, 63 peratus lemak

# Laksa lemak (540 gram) - 591 kalori, 54 peratus lemak

# Nasi ayam tanpa lauk (230 gram) - 278 kalori, 10 peratus lemak

# Mi goreng (325 gram) - 598 kalori, 44 peratus lemak

# Kuetiau goreng (170 gram) - 312 kalori, 43 peratus lemak

# Kentang goreng (349 gram) - 1,124 kalori, 50 peratus lemak

# Burger daging (194 gram) - 496 kalori, 32 peratus lemak

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?

Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang
Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf ( bawa sendiri Club ) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

Senaman Membakar Kalori

1. BERJALAN KAKI
Jalan kaki merupakan latihan yang baik sebagai permulaan dalam diari anda. Mulakan dengan berjalan kaki selama satu jam di waktu pagi. Untuk hasil terbaik, jagalah detik jantung anda pada 70 peratus dari detik jantung maksimum ( detik jantung maksimum sama dengan 220 dikurangi usia anda ). Semua otot di kaki akan bergerak dan satu jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori.

2. BERLARI
Berlari dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan merupakan cara yang baik untuk membakar lemak tubuh. Namun, berlari dalam waktu yang cukup panjang boleh menyebabkan kekuatan otot hilang dan cedera akibat sering digunakan. Berlari setempat dapat menguatkan kelompok otot dalam kaki termasuk otot-otot yang terdapat di paha. Berlari selama satu jam dengan kecepatan sederhana akan membakar lebih kurang 760 kalori.

3. MENDAKI BUKIT
Sangat baik untuk membakar lemak sekaligus menguji kekuatan otot kaki. Jika anda meluangkan masa selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori.

4. PERMAINAN RAKET
Seperti tenis dan badminton yang akan membuatkan otot-otot paha, lengan, bahu dan punggung bekerja secara serentak. Inginkan hasil yang terbaik, carilah pasangan yang memiliki kemampuan sama dengan anda. Satu jam berolahraga akan membakar sekitar 780 kalori.

5. REGANGAN
Cara yang paling mudah dan anda boleh melakukan regangan sambil menonton televisyen atau di bilik tidur. Mengerakkan kaki dan tangan selama setengah jam juga mampu mencegah kecederaan otot sebelum berolahraga.

6. BERENANG
Sesuai buat lelaki yang benar-benar ingin menjaga perut mereka daripada boroi. Berenang membuat semua otot tubuh bekerja dan variasikan gaya renang anda ( gaya dada, kuak lentang dan kupu-kupu ) sehingga membantu anda memperoleh hasil maksimum dari olahraga ini. Satu jam berenang dapat membakar 460 kalori.

7. PERMAINAN BOLA
Seperti bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan bola baling. Selain menguatkan latihan otot tangan, permainan bola juga memberi kekuatan untuk paha dan bahu anda. Risiko untuk cedera sama dengan olahraga berat yang lain namun keberkesanannya juga tidak diragui. Bermain secara berkumpulan akan memberikan impak yang berguna untuk anda. Satu jam bermain permainan bola akan membakar kalori sebanyak 600 kalori.

8. BOLA SEPAK
Bergantung pada posisi yang anda mainkan, cukup mencabar fizikal dan minda kerana permainannya yang agak kasar dan memakan masa yang panjang. Memang olahraga ini berisiko tinggi kerana kecederaan, namun anda perlu menitikberatkan kesabaran fizikal dan emosi. Satu jam bermain bola sepak dapat membakar 700 kalori.

9. ANGKAT BEBAN
Cara terbaik meningkatkan tenaga dalaman sekaligus membina otot tubuh dan meningkatkan kesihata secara umum. Tetapi harus diingat untuk olahraga angkat beban, anda perlu melakukan latihan regangan sebelum dan setelah berolahraga ini untuk mencegah daripada kecederaan dan memaksimakan kesihatan. Anda dapat membuat setiap kelompok otot untuk bekerja dengan mengangkat beban, tapi bentuk yang tepat cukup penting untuk menurunkan risiko cedera. Untuk memaksimumkan pembentukan otot, lakukan ulangan yang lebih dengan beban yang lebih berat. Satu jam mengangkat beban membakar sebanyak 230 kalori.

Sebagai lelaki yang mementingkan kesihatan, olahraga dan senaman cukup penting biarpun setelah anda berkahwin. Jangan sesekali mengabaikan perkara nan satu ini kerana ia menentukan gaya hidup anda.

Saturday, April 16, 2011

Braces off... Retainer on..

mcm nilah invisible retainer saye tapi ini bukan mulut saye ek


salam.. akhirnyer penantianku selama 2 tahun 7 bulan menjelme juge.. aku bukak braces arini.. yehhh.. alhamdulillah.. lepas nih dah tak payah susah2 nak makan.. tapi baru2 bukak braces still tak leh makan keras2.. nnti gigi lari dari posisi...

bukak braces..tp kene pakai retainer.. retainer yg aku pakai. ni mcm sarung gigi.. bentuk plastik.. fungsi dier supaye gigi kekal pada posisi nyer tak lari2.. sebab baru2 bukak braces.. gusi masih lembut lagik.. dan gigi senang nak bergerak2. kene pakai retianer hari2 selama 1 tahun.. lepas tuh baru pakai malam saje..

Friday, April 15, 2011

Rawatan Kesuburan utk PCOS episode 6

Salam sume... lame tak update pasai PCOS nih.. last month doktor bg ubat clomid 150mg so kali nih.. dtg utk check folikel2 dlm ovari. Appointment jumpa doktor selalunyer pada hari ke 12 (start dari 1st period). Ktorg pegii time balik dari keje singgah surau solat magrib than baru p klinik Dr.Lai.. seperti biase.. mesti kene tgu 1 jam lebey baru dpt masuk.. sebab org sgt ramaiii...

so sampai turn saye utk scan ovari.. doktor pon check.. tgk2 ade 2 folikel tapi membesar 10mm ajer kire folikel nih tak matang. (folikel yg matang 18mm-22mm lepas tuh folikel tersebut akan release dari ovari) .. Disebabkan folikel aku tak matang dah stop develop than doktor bg lagik clomid tapi up jadik 200mg.. huhuhu... dlm hati rase sedih tapi saye redha.. husband pon redha dan bg support.

clomid 200mg.
selepas abis makan clomid 200mg.. pada hari ke 12 datang utk jumpe doktor.. tapi result masih same.. folikel cume membesar 10mm. doktor bg lagik clomid 200mg.. huhu tibe2 saye dah rase stress tgk ubat.. otw nak balik... aku diamkan diri saje... sebab dlm hati terase sedih.. than biler suami pegang tangan.. terus tak leh sedih dlm hati lagik.. nangis terus time tuh.. sik bek suami pujuk.. n support. Aku redha.. belum rezeki kami lagik.. tapi sebab dah makan byk ubat.. badan dah terase stress dgn ubat2..

aku pon ckp ngan hubby.. kali nih kalo folikel tak membesar jugak aku nak stop treatment kejap. nak berehat dan menenangkan fikiran. hubby pon setuju.. n Dr.Lai pon mmg suruh berehat dulu. than baru continue balik treatment.





USAHA TANGGA KEJAYAAN



Wednesday, April 13, 2011

My New Perfume..




My New Perfume.. Marc Jacob Eau so Fresh..

my Favorite perfume before this AquaLiLy BodyShop and DKNY.

Wednesday, April 6, 2011

Kempen Derma Darah..



Salam.. hari ini bank pembangunan (bangunan jiran sebelah) ade buat kempen derma darah.. teringin jugak nak menderma.. actually before ni mmg penah derma tapi tu cerite 7 tahun lepas.. zaman2 belajar dan sekali tu jerlah saye dpt menderma darah.. selepas2 tu cube jugak utk menderma darah.. tapi.. asik tak layak ajer.. sebab kurang zat besi.. last2 dah malas nak menderma..

kebetulan harini.. mmg ade kempen menderma darah dlm hati rase mcm nak pergi.. hmm.. sedang pikir2.. tibe2 ade opismate ajak menderma sekali.. so ape lagik.. pegi jerlah.. sik bek i bawak buku derma darah. Tapi dlm hati ni asik tertanyer2 boleh ker saye menderma darah sebab saya kan pengidap PCOS, yg mengalami masalah insulin. Setiap hari perlu makan ubat METFORMIN, untuk control gula dalam darah dan saya dah lewat period 1 week. tapi tak pregnant (dah check ngan doktor) hmm.. takpelah.. pegi ajerlah.. pepehal pon nnti leh tnyer doktor kat situ..

aku n sowang opismate ni pon Q utk tunggu giliran.. ramai jugak org bank pembangunan.. sampai giliran aku utk check darah.. aku pon sediakan jari utk dicucuk.. hehehe.. pegawai perubatan tu check saya punye form jenis ubat yg saya makan, terus dia kate awak tak boleh menderma.. huhuhu... tak beshnyer.. sebab kalo nak menderma kene 24 jam lepas makan ubat baru boleh menderma.

Aishhh... baru nak buat keje amal tak lepas jugak utk menderma darah.. hehehe.. tapi pegawai perubatan tu cucuk jugak jari saya utk check kandungan zat besi n jenis darah, walaupun dlm buku mmg dah tulis saye darah jenis 'A' saje check utk confirmation.

Gud news kali nih zat besi saye cukup.. pegawai perubatan tersebut hantar saye utk jumpe dgn doktor.. doktor pon check form n bgtau.. bahawa saye mmg tak leh derma harini sebab makan ubat kurang dari 24 jam.. dan masih belum period.. so harini mmg tak dpt buat kerja amal.. tapi takpelah.. sekurang-kurangnyer kite mencube.

All My Love Now and Forever

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers