Thursday, May 5, 2011

Ombak Rindu The Movie..


Salam Ombak Rindu The Movie.. bestttttnyer... akhirnyer difilemkan jugak citer nih... movie berasal dari sebuah buku novel berjudul Ombak Rindu.. citer dier mmg best giler.. aku dulu bukanlah seorg peminat novel.. suatu hari tuh.. tgh bosan tak tau nak buat ape.. pinjam novel member nak bace... sekali bace terus melekat bace novel... sejak dari hari tuh.. mmg tak lepas bace buku novel keluaran Fauziah Ashari


Filem Ombak Rindu terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures merupakan hasil adaptasi daripada novel popular nukilan Fauziah Ashari.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kemati

an ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pel

anggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhi

rnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya

menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

No comments:

Post a Comment

All My Love Now and Forever

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers