Salam.. harini saya nak share info tentang PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). PCOS nih adalah penyakit yang tak diketahui punca.
Faktor-faktor PCOS dan pencegahan
1. Kegemukan / Obesity adalah faktor ke-2 yang menyebabkan PCOS. Ia juga ada kaitan dgn penyakit diabetes dalam keluarga. Pesakit PCOS yang obesity perlu berDIET, supaya dapat mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.
2. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.
Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.
3. Stress dan tekanan juga menyebabkan hormon tak seimbang. Stress boleh terjadi dari tampat kerja, rumah serta enviroment sekeliling oleh yg demikian pesakit PCOS harus cuba untuk mengatasi segala masalah dgn menenangkan fikiran serta byk berdoa, berselawat dan membaca al-quran.
4. Pemakanan yang tak seimbang juga adalah salah satu punca PCOS. Ramai org sekarang suke makan junk food / fast food, seafood, daging proses, soya yang berlebihan, bahan yang mengandungi pengawet dan lain-lain. seloknya cuba elakkan makan makanan tersebut dan byk makan sayur-sayuran , ulam-ulaman, buah-buahan dan ikan.
5. Jangan minum nescafe, air teh (kecuali teh hijau) kerana kandungan caffein yang berlebihan akan mengganggu untuk hamil.
6. Ubat-ubat supplement boleh juga membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Supplement seperti ubat adipex, metformin, dan saw palmetto (atas nasihat doktor) tapi pesakit2 PCOS tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut terlalu lama, munking antara 3-6 bulan sahaja.
7. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor. Selepas ovarian drilling ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.
8. Jangan berputus asa untuk hamil
Berdasarkan info diatas saya kini :
1. Exercise 3 or 4 kali seminggu untuk control berat badan (p gym waktu lunch hour)
2. Cuba untuk mengurangkan pengambilan nasi. Saya akan makan nasi 3 kali semiggu dlm kuantiti yang sedikit (5 sudu nasi). eg : pagi : saya minum susu kambing (without sugar) + cereal fitness, lunch : 2 keping whole meal bread + 2 jenis buah-buahan , dinner : buah mangga atau buah pear. ini contoh makanan yg saye kerap makan dlm seminggu, nasi lemak dan bihun goreng makan seminggu sekali, kadang2 ade jugak makan nasik malam2 sebab dah lapo sgt.. heheheh
3. makan sebiji ubat metformin hari2.
4. clomid hari ke-2 period - hari ke 6 period (tapi clomid nih makan atas nasihat doktor)
5. Tabahkan hati dan be positive anggap setiap yang berlaku ade hikmah.
6. Last sekali saya berdoa dan berserah kepada Allah agar di kurniakan zuriat .
Hasil melakukan kaedah diatas:
1. saya makan clomid + metformin + asid folic + exercise + jage makan =
akhirnya saya berjaya produce egg tapi belum rezeki kami. Saya redha semua adalah ketentuan Allah.. alhamdulillah saya berjaya produce egg.
Pertama kali produce egg saya dapat menghasilkan 5 biji egg. (tapi belum rezeki kami.. saya period normally that month without taking any medicine saya bersyukur kerana saya dah lama tak period secara normal selalunye kene makan ubat untuk turun period)
Kali ke-2 produce egg saya ada makan satu supplement nih.. hasilnyer i got 2 huge follicle egg (28mm and 33mm) means overcook follicle. Normal size for the follicle mature is 18mm-22mm than saya stop amik supplement tuh.
Kali ke-3 produce egg saya berjaya produce 1 follicle egg with normal size. (23mm). dan saya akan terus berusaha.. caiyok..caiyok..
Sebelum melakukan pekara2 diatas :
1. control makan + tak exercise + tak makan ubat metformin+ x makan ubat clomid + asid folic= no follicle egg produce
2. makan ubat clomid dari 50mg -150mg + exercise + control makan + asid folic + x makan ubat metformin = no follicle egg produce.
3. makan clomid 150mg + tak exercise + tak control makan + makan metformin + asid folic = follicle produce but not mature (follicle egg size is 10mm only)
~~~~A.Q.U.A.L.I.L.Y ~ A.K.A.N ~ T.E.R.U.S ~ B.E.R.U.S.A.HA~~~~