Wednesday, June 15, 2011

Saya dan PCOS

Salam.. harini saya nak share info tentang PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). PCOS nih adalah penyakit yang tak diketahui punca.

Faktor-faktor PCOS dan pencegahan

1. Kegemukan / Obesity adalah faktor ke-2 yang menyebabkan PCOS. Ia juga ada kaitan dgn penyakit diabetes dalam keluarga. Pesakit PCOS yang obesity perlu berDIET, supaya dapat mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.

2. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.
Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.

3. Stress dan tekanan juga menyebabkan hormon tak seimbang. Stress boleh terjadi dari tampat kerja, rumah serta enviroment sekeliling oleh yg demikian pesakit PCOS harus cuba untuk mengatasi segala masalah dgn menenangkan fikiran serta byk berdoa, berselawat dan membaca al-quran.

4. Pemakanan yang tak seimbang juga adalah salah satu punca PCOS. Ramai org sekarang suke makan junk food / fast food, seafood, daging proses, soya yang berlebihan, bahan yang mengandungi pengawet dan lain-lain. seloknya cuba elakkan makan makanan tersebut dan byk makan sayur-sayuran , ulam-ulaman, buah-buahan dan ikan.

5. Jangan minum nescafe, air teh (kecuali teh hijau) kerana kandungan caffein yang berlebihan akan mengganggu untuk hamil.

6. Ubat-ubat supplement boleh juga membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Supplement seperti ubat adipex, metformin, dan saw palmetto (atas nasihat doktor) tapi pesakit2 PCOS tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut terlalu lama, munking antara 3-6 bulan sahaja.

7. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor. Selepas ovarian drilling ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.

8. Jangan berputus asa untuk hamil

(info diatas saya perolehi dari http://hamidarshat6.blogspot.com/)

Berdasarkan info diatas saya kini :

1. Exercise 3 or 4 kali seminggu untuk control berat badan (p gym waktu lunch hour)

2. Cuba untuk mengurangkan pengambilan nasi. Saya akan makan nasi 3 kali semiggu dlm kuantiti yang sedikit (5 sudu nasi). eg : pagi : saya minum susu kambing (without sugar) + cereal fitness, lunch : 2 keping whole meal bread + 2 jenis buah-buahan , dinner : buah mangga atau buah pear. ini contoh makanan yg saye kerap makan dlm seminggu, nasi lemak dan bihun goreng makan seminggu sekali, kadang2 ade jugak makan nasik malam2 sebab dah lapo sgt.. heheheh

3. makan sebiji ubat metformin hari2.

4. clomid hari ke-2 period - hari ke 6 period (tapi clomid nih makan atas nasihat doktor)

5. Tabahkan hati dan be positive anggap setiap yang berlaku ade hikmah.

6. Last sekali saya berdoa dan berserah kepada Allah agar di kurniakan zuriat .

Hasil melakukan kaedah diatas:

1. saya makan clomid + metformin + asid folic + exercise + jage makan =
akhirnya saya berjaya produce egg tapi belum rezeki kami. Saya redha semua adalah ketentuan Allah.. alhamdulillah saya berjaya produce egg.

Pertama kali produce egg saya dapat menghasilkan 5 biji egg. (tapi belum rezeki kami.. saya period normally that month without taking any medicine saya bersyukur kerana saya dah lama tak period secara normal selalunye kene makan ubat untuk turun period)

Kali ke-2 produce egg saya ada makan satu supplement nih.. hasilnyer i got 2 huge follicle egg (28mm and 33mm) means overcook follicle. Normal size for the follicle mature is 18mm-22mm than saya stop amik supplement tuh.

Kali ke-3 produce egg saya berjaya produce 1 follicle egg with normal size. (23mm). dan saya akan terus berusaha.. caiyok..caiyok..


Sebelum melakukan pekara2 diatas :

1. control makan + tak exercise + tak makan ubat metformin+ x makan ubat clomid + asid folic= no follicle egg produce

2. makan ubat clomid dari 50mg -150mg + exercise + control makan + asid folic + x makan ubat metformin = no follicle egg produce.

3. makan clomid 150mg + tak exercise + tak control makan + makan metformin + asid folic = follicle produce but not mature (follicle egg size is 10mm only)



~~~~A.Q.U.A.L.I.L.Y ~ A.K.A.N ~ T.E.R.U.S ~ B.E.R.U.S.A.HA~~~~
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

20 comments:

  1. Mai doakan dari kejauhan =) Ya Allah jika rezeki Nisha dan suami masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. [petikan doa solat Dhuha] Amin Ya Rabbal Alamin.. =)

    ReplyDelete
  2. salam...
    saya juga ada PCOS.. juga sedang amik clomid..
    semoga ada rezeki kita nanti.. insyaAllah..
    salam kenal..

    ReplyDelete
  3. salam.. insyaAllah.. same2lah kite berusaha k. =)

    ReplyDelete
  4. salam...sy juge menghidap pcos...baru sj disahkan..sedih..baru first time buat fertility treatment guna metformin n clomid.. doktor bg 50mg dulu clomid n mkn asid folic tiap2 hari. berat badan awak naik banyak ker? sy dah cecah 69kg. sekarang tgh tunggu dtg piriod...lagi beberapa hari insyaAllah...doktor ader bg pil perancang ke untuk stabilkan piriod?

    ReplyDelete
  5. salam.. sabar yer.. saya paham perasaan pengidap PCOS, cume kite kene kuatkan semangat dan tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah rezeki kita ada.. kita perlu berusaha dan jgn sesekali mengalah. berat saya 56kg, saya control pemakanan dan exercise. sebelum nih.. saya pernah x control makan n tak exercise berat saya mencecah 60kg dlm mase sebulan saje. Doktor saya hanya bg pil clomid + metformin + asid folic. Tak penah lg makan pil perancang.

    ReplyDelete
  6. Ye semoga kita berjaya dalam usaha untuk mendapat zuriat ^_*

    Iza dah pernah buat laparoscopy utk pecahkan/buang telur yang dah tak aktif dalam ovari, but masih belum ada rezeki nak dapat zuriat.

    ReplyDelete
  7. semoga berjaya. terima kasihla perkongsian. Akak pun baru ja dapat tahu kata PCOS. Gugel-gugel dalam internet, termasuk blog nisha. Kena usaha turunkan 6kg berat badan dalam masa sebulan ni. semoga kita berjaya.

    ReplyDelete
  8. aqua Lily... nk tnya awk la.. awk ada amik supplement apa yg blh sbbkn tlur awk overcooked matured 28mm-33mm tu?? klu overcooked matured ok x pd tbuh bdn? suplemen apa tu.. ada ke utk bsrkn tlur slain ubt doc??

    ReplyDelete
  9. Salam.. Actually supplement tu bukan utk besarkan telur.. Supplement tu nk stabilkan hormon dlm bdn (pcos terjadi sbb hormon tak stabil dlm bdn) tu yg sy try mkn supplement yg bleh stabilkan hormon.. Tp sbb sy baru saje mkn supplement tu n pd mase yg same mkn ubt doctor.. So mengganggu hormon dlm bdn kite.. Tak elok srbenarnyer.. Kalo nk makan any supplement pd mase yg same nk makan ubt.. Seeloknyer bgtau doctor dulu

    ReplyDelete
  10. Salam, hi aqua lily...sy silent reader blog awk..sy nk tnya la, ape supplement awk amik utk stabilkan hormon tu..??smpi overcooked telur awk tu?sy skrg xde amik ape ubat doktr..igt nk try supllement awk ckp tu utk stabilkan hormon..thankss yerr..=))

    ReplyDelete
  11. saye makan supplement go geous utk stabilkan hormon. supplement ni saye dgr kat ikim, saye pon trylah makan. hehe.. =P

    ReplyDelete
  12. metformin tu utk ape ye?nape sy doc juz bg clomid je?

    ReplyDelete
  13. Metformin utk mengawal gule dlm darah.. Pcos selalunyer ade masalah insulin resistance. Selalunyer Dr. Bg utk org yg ade masalah berat badan

    ReplyDelete
  14. salam sis...sy ada masalah y sama cume dr xbgtau apa masalah sbb da malas kuar masuk hospital.sbb kerja memanjang jadi kdg2 terlupa nak p tmu janji ngan dr.tp lepas last peksa kat pakar mslh sama mcn pcos.klu sy ikut cr sis makan ni ok x?dlu sis ikut rawatan pakar ker atau just g klinik?

    ReplyDelete
  15. salam...sy juga ada PCOS tp masalah sy bukan masalah berat badan cuma ketidakstabilan hormon dan telur tidak matang menyebabkan xda ovulasi.

    ReplyDelete
  16. anieabby : salam saye dulu ikut rawatan pakar di samping cuba menjaga makan dan selalu exercise.. nasihat saye.. kalo PCOS ni.. elok jumpe dgn pakar sakit puan.. jgn p klinik biasa.

    margaret chu: salam. saye dulu pon mcm tu.. takde masalah berat badan.. kadang2 bile stress pon boleh menyebabkan hormon tak stabil.. so try to be positive, happy n amalkan makanan yg sihat. =)

    ReplyDelete
  17. salam....oya ka? erm..sy ni dah jmp dok pakar dan dah dpt result ttg darah sy, Mmg PCOS..doktor dah syorkan buat HSG, apbila buat..semua ok..xda tersumbat tiub folopio. Cara terakhir d syorkan IUI...ttp bukan 100% dpt mengandung..dgr2 cerita isteri2 yg dah buat IUI..sakit, takut juga. skrg ni haid pun x dtg...

    ReplyDelete
  18. Potensi tinggi setiap wanota untuk mendapat PCOS dan ramai tidak sedar sebenarnya.
    Bila ada PCOS ia akan ganggu sistem hormn dalam badan.
    Tue berat badan akan naik mendadak dan kitaran haid terganggu kan.

    ReplyDelete
  19. Salam.. saya nak tnya.. sya bru dikenalpasti mempunyai PCOS.. heavy bleeding.. dan bru okey atas bantuan ubat. Boleh ke saya pergi kem yang mempunyai aktiviti naik turun bukit/hutan 2 kali shari? Atau boleh ke org yang ade PCOS buat kerja2 berat?

    ReplyDelete

All My Love Now and Forever

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers